Hiburan

Jason Momoa Tampil Dalam Fast X, Filem Francais Fast & Furious Ke-10!

Filem francais Fast & Furious kesepuluh atau Fast X dikhabar sedang dalam proses pengambaran dan kini pengarahannya diambil alih oleh Louis Leterrier selepas Justin Lin mengundurkan diri.

Fast X dikatakan akan kembali kepada jalan cerita berdasarkan konsep asal iaitu perlumbaan di jalanan kerana ia mendapat permintaan yang cukup tinggi daripada peminat Fast & Furious.

Lebih-lebih lagi beberapa francais Fast & Furious sebelum ini dilabelkan terlalu ekstravaganza apabila memfokuskan jalan cerita mengenai rompakan dan kereta berkelajuan tinggi.

Di sebalik warna-warni pembikinan Fast X, penampilan Jason Momoa yang popular memenerusi filem Aquaman dilihat turut berada dalam set penggambaran di Rom.

Dengan rambut panjangnya yang mengerbang, aksi Jason yang menunggang motorsikal di Rom menimbulkan keterujaan dan rasa tidak sabar dalam kalangan peminat francais ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button