Jangkaan tiga negeri sahaja akan bubar DUN untuk PRN akhir tahun ini
HANYA tiga negeri dijangka bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) sekiranya Dewan Rakyat (Parlimen) dibubarkan pada tahun ini.
Tiga negeri yang dijangkakan ialah Perlis, Perak dan Pahang.
Negeri-negeri di bawah kuasa Pakatan Harapan (PH) iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak akan membubarkan DUN mereka bulan Oktober atau November ini.
Manakala Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin dikatakan berkata, DUN Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu juga tidak akan dibubarkan sebelum bulan Mac 2023.
Dengan itu, sekiranya Parlimen (Dewan Rakyat) dibubarkan dalam waktu terdekat ini, hanya Negeri Perak, Perlis, Pahang dan Kerusi-kerusi Parlimen sahaja yang akan dipertandingkan kerana Negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor sudah pun mengadakan Pilihan Raya Negeri masing-masing. – SM