Jangan ikut trend nama kan nama anak seperti Malaikat ia Makruh
MENERUSI kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum memberikan nama anak sama seperti Malaikat adalah Makruh.
Empat nama yang diberitahu itu adalah Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Menamakan anak dengan nama para malaikat hukumnya adalah harus, kecuali nama-nama yang sinonim dengan nama malaikat, iaitu Jibril, Mikail, Izra’il dan Israfil.
Adapun nama-nama lain bagi malaikat yang turut biasa digunakan oleh orang ramai seperti Malik dan Ridhwan, maka tiada kemakruhan padanya.
Terdahulu, seorang pengguna media sosial berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di platform X.
Perkongsian itu dibuat susulan video seorang selebriti media sosial yang berkongsi nama anaknya iaitu Muhammad Jibril.