SETIAP hari Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) akan mengadakan sidang akhbar untuk memaklumkan pelbagai perkara dan isu berkaitan dengan pendamik COVID-19.
Saban hari jugalah Ismail Sabri atau kini mendapat nama gelaran Pak Long Mail akan mengingatkan rakyat Malaysia agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
Dalam pada itu juga, Ismail Sabri akan terus mengingatkan masyarakat agar menjara jarak sosial, jaga kebersihan termasuk menggunakan hand sanitizer dan mask jika berada di tengah-tengah orang ramai.
Segala pesanan dan nasihat yang dilontarkan oleh Ismail Sabri dan juga kerajaan adalah sebagai usaha mengekang penularan pandemik COVID-19.
Di samping itu, kerajaan turut bertekad untuk memastikan kemasukan pendatang tanpa izin (PATI) ke negara ini terus dibanteras.
Perkara itu turut dizahirkan dalam sidang akhbar hariannya petang tadi.
Berikut beberapa tumpuan sepanjang sidang media tersebut:
1. 23 individu ditahan dan direman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
- Seramai 61 individu dikompaun atas pelbagai kesalahan ingkar arahan pada hari kedua pelaksanaan PKPP.
1,517 PATI ditahan di bawah Operasi Bersepadu atas pelbagai kesalahan Imigresen setakat 11 Jun. - Jumlah kumulatif PATI dirawat di MAEPS adalah 8143 individu. Daripada jumlah itu, 430 PATI telah didiscaj dan dihantar pulang ke negara asal.
- Jumlah kumulatif PATI dirawat di MAEPS adalah 8143 individu. Daripada jumlah itu, 430 PATI telah didiscaj dan dihantar pulang ke negara asal.
- Penganjuran mesyuarat, seminar, kursus dan latihan dibenarkan. SOP sedang diperhalusi oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Kesihatan (KKM). – SUMBER ASTRO AWANI-SM