Sukan

Jangan cemari pertembungan Harimau Malaya dan Garuda dengan pergaduhan

Ciapan trending di twitter kini ialah #HarimauMalaya. Kebanyakan ciapan mendoakan supaya perlawanan malam ini berjalan dengan lancar dan para penyokong supaya lebih sporting bagi mengelakkan pergaduhan.

Perseteruan pasukan Malaysia dengan Indonesia sebelum ini hingga terbawa-bawa kepada penyokong, sampai ke tahap setiap kali pemain negara bertandang ke Gelora Bung Karno, pemain terpaksa dikawal dengan rapi termasuk terpaksa menaiki kereta perisai baracuda.

Prestasi cemerlang Harimau Malaya yang menumpaskan Thailand tempoh hari menaikkan semangat dan meter sokongan ekor Harimau Malaya dan ini dapat disaksikan apabila tiket habis dijual secara dalam talian sejurus dibuka dan menyebabkan tiada jualan melalui kaunter dibuka.

Oleh itu bagi penyokong Harimau Malaya yang gagal mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini, DBKL menyediakan ‘Big Screen’ di Dataran Merdeka.

Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin sempat meluangkan masa bersarapan pagi dengan para pemain Harimau Malaya menjelang aksi menentang Indonesia.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menyatakan sokongan kepada Harimau Malaysia melalui twitter beliau

https://twitter.com/drzul_albakri/status/1196338180372303874

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button