Nasional

Jangan cabar kesucian agama Islam, umatnya bangkit walau beribu batu

Ribuan umat Islam hari ini berarak dari Masjid KLCC dan berdemonstrasi di hadapan Kedutaan Sweden tanda protes tindakan Rasmus Paludan yang membakar al-Quran.

Rasmus Paludan dikenali sebagai ahli politik Sweden berhaluan kanan namun memiliki sikap ekstrem yang cukup tinggi sehingga mencetuskan keharmonian Islam.

Dalam perhimpunan itu, seramai empat wakil telah masuk ke Kedutaan Sweden bagi menyerahkan memorandum bantahan umat Islam di Malaysia tentang perbuatan biadab Rasmus Paludan.

Perhimpunan Demonstrasi Solidariti Bantahan Penghinaan Agama Islam Oleh Ahli Politik Sweden itu bukan hanya menyaksikan penglibatan badan bukan Kerajaan (NGO) Melayu dan Islam.

Malah beberapa ahli Parlimen turut meluangkan masa bersama-sama rakyat untuk menjayakan demonstrasi itu sekali gus memberi isyarat bahawa agama Islam jangan sesekali dicabar.

Related Articles

Lebih-lebih lagi, insiden yang melibatkan penghinaan ke atas agama Islam itu sudah berlaku memasuki kali yang ketiga di negara tersebut sekali gus membuktikan rakyat mereka hidup dengan membenci Islam.

Sedangkan mereka lupa bahawa al-Quran itu adalah panduan hidup bagi umat akhir zaman termasuk mereka dan al-Quran itu bukan diturunkan untuk satu bangsa sahaja.

Sehingga hari ini, Sweden belum menunjukkan kekesalan mereka memiliki rakyat yang terlalu ekstrem sehingga merendahkan Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button