PRK

Jangan Biar PH Perbodohkan Rakyat – Wee Jeck Seng

RAKYAT di Parlimen Tanjung Piai perlu bangun menuntut hak dan tidak membiarkan mereka dipermainkan oleh Pakatan Harapan apabila kebajikan dan kepentingan mereka dipermaiin-mainkan.

Sebelum ini kerajaan PH mengatakan mereka tidak ada dana untuk membangunkan kawasan tersebut, tetapi apabila ada pilihan raya kecil dalam tempoh sebulan sahaja berjuta peruntukan ditaburkan.

“Tun (Dr Mahathir Mohamad) kata kalau menang kerusi ini atau kalah tidak menjadi masalah… memang tidak menjadi masalah baginya sebab dia tetap jadi kerajaan.

“Tetapi bagi kita lain. Lihatlah mereka kata kerajaan tidak ada wang tetapi sebulan ini berjuta-juta dia tabur wang. Kita sebagai pengundi ada hak.

“Kita bangkit tuntut di Parlimen… tidak boleh mereka buat begitu sahaja. Itu penting, itu hak kita, kita tidak boleh diperbodoh-bodohkan dan tidak mahu ia berlaku,” kata calon Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng di program ceramah umum di Tanjong Ayer Hitam, Pontian.

Jeck Seng juga meminta kerajaan PH lebih bertanggungjawab dalam membela nasib rakyat bukan memotong bantuan dan insentif seperti Bantuan Sara Hidup (BSH) dahulunya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

“Sudah setahun lebih kerajaan PH ini dahulu mereka kata mahu membela nasib kita, orang-orang kampung.

“Kalau secara perbandingan dahulu kerajaan BN memang bela nasib orang kampung banyak program seperti BR1M, bantuan JKM dan insentif-insentif lain.

“Tapi saya tak faham kerajaan baru ini yang kata akan bela nasib kita tapi dia tak pandang kita pun. Itu sebab saya kata mereka tak tahu erti apa itu kesusahan rakyat,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button