Hiburan

Jangan ambil kesempatan, otak biar kreatif – Aishah

KREATIVITI adalah seni yang dianugerahkan Tuhan kepada hamba-hambaNYA. Jika anda ada sifat kreatif, itu adalah sesuatu yang harus diterokai kerana ia boleh dikembangkan untuk kebaikan diri dan juga masyarakat.

Sebagai penyanyi, Aishah dilahirkan dengan anugerah itu. Masih memiliki suara yang mantap dan nyaring, penyanyi kesayangan ramai ini amat pandai dalam kerja-kerja kraftangan.

Aishah sebenarnya bukan seorang individu yang betah duduk di rumah kerana beliau sentiasa memajukan diri dengan mengikuti pelbagai kelas kraftangan.

Baru-baru ini, di dalam Instagram Aishah, beliau membuat satu perkongsian yang memberi gambaran, kekecewaan yang dirasainya apabila ada dalam kalangan individu di luar sana, yang mengambil jalan mudah, short cut, ringkas.

Seperti mana para peminat dan pengikut Aishah di Instagram mengetahui, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehinggalah kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Aishah kreatif membuat face mask dan face shield atau pelindung muka.

Bahkan kerja-kerja yang dihasilkannya itu digunakan oleh petugas barisan hadapan.

Dalam membuat dan menghasilkan rekaan sesimple mana sekalipun, idea adalah milik individu. Jangan fikir idea yang diperah oleh Aishah, mudah dan senang.

Aishah kreatif dengan membuat pula face mask extender. Bagi golongan wanita yang bertudung, mereka tahu apakah kegunaan face mask extender ini. Ia memudahkan pemakai bertudung.

Face mask extender yang dihasilkan oleh Aishah cantik dan unik serta menampilkan kreativiti si pembuatnya.

Tanpa rasa segan silu, ada yang mahu menciplak idea Aishah dengan ‘cara terhormat’.

Sesiapapun yang duduk di tempat Aishah, akan merasa tidak senang dengan sikap segelintir individu yang tidak kreatif tetapi mahu menciplak idea orang lain.

Jangan salah anggap dengan kenyataan atau penzahiran Aishah melalui kata-kata kerana bukannya beliau bersifat tamak dan enggan berkongsi ilmu.

Ini soal kreativiti, soal idea, soal susah payah Aishah bersengkang biji mata, mencari ilham untuk mencantikkan face mask extender yang dihasilkannya.

Tidak salah jika Aishah bersikap protective terhadap hasil kerja tangannya.

Produk yang dihasilkannya, yang menjadi, itu yang dapat dilihat tetapi yang tidak menjadi, yang masuk ke bakul sampah, yang perlu diperhalusi… itu semua orang tak tahu dan tak nampak.

Senang-senang sahaja meminta daripada Aishah cara bagaimana nak buat kedutan di face mask extender.. kain apa, material apa.. Cubalah fikir dan cari ilham sendiri.

Apabila Aishah memilih untuk tidak berkongsi idea, beliau dihentam dengan kata-kata, ilmu yang ada tidak dibawa ke lubang kubur.

Bahkan kata-kata seperti jangan bongkak atau sombong dengan anugerah yang diberi turut dilontarkan kepada penyanyi ini.

Kalau Aishah sanggup bersengkang mata, tidak tidur malam-malam kerana mahu menghasilkan face mask extender terbaik untuk pengguna, mengapa orang lain senang-senang mahu menciplak apa yang dihasilkannya itu.

Sayugia diingatkan di sini bahawa apa yang dihasilkan oleh Aishah, bukannlah mass production. Bukannya dijual secara pukal tetapi lebih kepada personal.

Aishah bukan tokeh besar face mask extender. Beliau menghasilkannya kerana minat yang mendalam terhadap kerja-kerja kraf dan kreatif.

 

Sama seperti beliau menghasilkan sabun yang memang cantik dan nampak real. Umpama kata anak-anak bujang Aishah, “kalau atas meja ada bentuk makanan, ketuk dulu nak tahu… itu makanankah atau sabun.”

Sokong dan dukung kreativiti pelantun lagu berhantu Janji Manismu ini kerana sekurang-kurangnya, apa yan dihasilkan oleh Aishah, boleh menjadi ‘item koleksi eksklusif’. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button