Luar Negara

James Michael Tyler – Bintang rancangan siri popular Friends meninggal dunia

PELAKON yang namanya menjadi terkenal kerana membintangi satu siri bertajuk Friend meninggal dunia pada semalam berikutan dirinya yang berjuang melawan kanser prostat tahap empat.

 

James Michael Tyler telah meninggal dunia pada umur 59 tahun.

 

Keluarganya menyatakan bahawa dia dikenali sebagai seorang pelakon, pencinta muzik, dan penasihat kesedaran kanser serta seorang suami yang baik.

Related Articles

 

“Dunia mengenalinya sebagai Gunther iaitu rakan ketujuh dalam siri popular Friends, tetapi orang tersayang Michael mengenalinya sebagai pelakon, pemuzik, penasihat kesedaran kanser dan suami yang penyayang.

 

“Michael menyukai muzik secara langsung, selalu bersorak pada kumpulan kegemarannya, Clemson Tigers dan sering melakukan pengembaraan yang menyeronokkan dan tidak dirancang. Jika kamu bertemu dengannya, anda akan berkawan seumur hidup,” katanya.

 

Pelakon tersebut dikenali dengan watak sebagai pekerja kedai kopi iaitu Gunther dalam siri popular Friends bersama David Schwimmer, Jennifer Aniston, Courteney Cox, Lisa Kudrow, Matt Le Blanc, dan Matthew Perry.

 

Gunther adalah salah satu watak kecil yang paling disukai di Friends dan dia sering membintangi adegan-adegan dengan nama-nama besar dalam siri itu sebagai barista di kedai kopi Central Perk di mana kedai kopi tersebut merupakan tempat Friends berjumpa.

 

Memetik daripada Mirror, pada awalnya, James hanya dilakonkan sebagai pemain tambahan tetapi berakhir dengan peranan yang lebih besar kerada dia adalah satu-satunya yang tahu menggunakan mesin kopi.

 

Dia pertama kali disahkan menghidap kanser pada tahun 2018 dan merahsiakan penyakitnya selama tiga tahun serta turut menjalani kemoterapi bagi merawat dan melawan kansernya.

 

Dalam satu kenyataan, dia melaporkan kepada seorang pengacara televisyen, Craig Melvin bahawa dia mengidap kanser prostat yang sudah merebak ke tulangnya.

 

“Saya didiagnosis menghidap kanser prostat yang merebak ke tulang saya.

 

“Saya telah melawan penyakit ini selama hampir tiga tahun yang sekarang sudah menjadi tahap empat iaitu tahap terakhir. Jadi, saya tahu penyakit ini akan menjadi penamat hidup saya,” katanya

 

Tambahan pula, pelakon TV itu berkatan bahawa doktor yang merawatnya yakin bahawa dia dapat melawan kanser tersebut namun kanser itu telah ‘bermutasi’ selepas dia terlepas temu janji dan ujian ekoran pandemik Covid-19.

 

“Saya terlepas untuk pergi ke ujian di mana itu bukanlah sesuatu yang baik.

 

“Kanser itu bermutasi pada masa pandemik dan berkembang menjadi lebih teruk,” jelasnya.

 

Kanser prostat dapat dirawat jika dikesan lebih awal.

 

Walaupun sudah bekerja dengan bintang-bintang Friends selama satu dekad, dia menyatakan bahawa dia telah kehilangan hubungan dengan kebanyakan mereka selepas siri itu tamat.

 

Tambahnya lagi, dia sudah tidak berhubung dengan Jennifer Aniston selama 15 tahun selepas siri itu tamat. –  SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button