Hiburan

Jamal seru peminat cadangkan nama untuk bayi perempuannya

RAJA Pop Malaysia Datuk Jamal Abdillah memberi peluang kepada peminat dan pengikutnya untuk mencadangkan nama untuk bayi baharunya yang dijangka dilahirkan dalam tempoh kurang dua bulan.

Dalam laporan Harian Metro hari ini, penyanyi lagenda berusia 63 tahun itu berharap peminatnya turut bersamanya mencari nama yang sesuai untuk bayi perempuan keduanya.

“Jika sesiapa mempunyai nama yang sesuai dengan makna yang indah untuk bayi perempuan, sila hantar mesej kepada saya dan isteri di akaun Instagram kami.

“Kami masih mencari dan isteri saya telah meninggalkan saya dengan tugas memilih nama yang sesuai untuk bayi yang belum dilahirkan itu,” katanya dalam laporan itu.

Bayi yang bakal dilahirkan pada 23 Mac ini merupakan anak keempat Jamal dan isteri Datin Zai Izzati Khiruddin dan anak kedua. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button