MahkamahNasional

Jamal dapat tangguh bayar Teresa Kok RM300,000

MAHKAMAH Rayuan Putrajaya hari ini membenarkan Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mendapat penangguhan bersyarat terhadap perintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok daripada DAP kerana fitnah.

Hakim Yaacob Sam berpendapat terdapat merit dalam permohonan Jamal untuk menangguhkan penghakiman sementara menunggu rayuannya.

Turut menjadi panel ialah Hakim Gunalan Muniandy dan Azimah Omar.

Bagaimanapun mahkamah mengenakan syarat, Jamal perlu mendepositkan jumlah penghakiman ke dalam akaun anak guam peguam cara Kok, SN Nair & Partners dalam tempoh 21 hari dari hari ini.

Firma guaman dikehendaki memegang jumlah penghakiman sebagai amanah sementara menunggu rayuan itu diselesaikan.

Tahun lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Jamal membayar ganti rugi RM300,000 kepada Kok selepas bertanggungjawab melakukan fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Arif Imran Arifin berkata, kenyataan Jamal pada sidang media yang diadakan pada 8 Mac 2017 adalah “berniat menyerang plaintif (Kok) secara peribadi dan atas kapasiti profesionalnya sebagai Ahli Parlimen dan ahli politik”.

Jamal mendakwa Kok menggelapkan wang daripada dana Negeri Selangor, Yayasan Warisan Anak Selangor.

Dalam tuntutan mahkamahnya, Kok berhujah, kenyataan Jamal memberi gambaran dia menyalahgunakan dana negeri dan merupakan seorang yang tidak beretika.

Dia kemudian memfailkan notis kebankrapan terhadap Jamal selepas gagal membayar penghakiman. Jamal dikehendaki membayar jumlah itu dalam tempoh 14 hari mulai 26 Julai 2022. – SM

BACA Jamal Yunos mengaku tak bersalah muat naik kenyataan jelik di Facebook

BACA Teresa Kok hantar surat kepada SPR bantah Jamal Yunos jadi calon Sungai Besar

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button