NegeriRencah Hidup

Jalan yang tenggelam dalam Empangan Timah Tasoh muncul

BUAT kali kedua, selepas enam tahun sebuah jalan tar yang menghubungkan Kampung Sahabat ke Jalan Batu 12 yang tenggelam dalam Empangan Timah Tasoh kini timbul sejak Mac lalu.

Kejadian pertama jalan tar ini timbul sekitar Mac 2016 selepas ditenggelami air selama 22 tahun.

Peminat ikan air tawar mengambil kesempatan melalui jalan yang timbul semula ini bagi merancakkan lagi aktiviti.

Jalan sejauh satu kilometer ini ditenggelami air apabila paras air di Empangan Timah Tasoh berada pada paras normal iaitu sekitar 29.1 meter.

Bagaimanapun cuaca panas terik ketika ini telah menyebabkan paras air di Empangan Timah Tasoh menyusut kepada 27.35 meter pada Sabtu (6 Mei lalu) sekaligus jalan ini timbul kembali.

Cuma orang ramai yang mahu melihat keajaiban ini tidak boleh lagi melalui sepanjang jalan ini dengan kenderaan seperti tahun 2016.

Related Articles

Ini kerana selepas sejauh 200 meter dari pintu pagar masuk ke jalan ini telah dipotong atas sebab-sebab tertentu oleh pihak berkenaan.

Jalan selepas pagar masuk kini timbul sejak Mac lalu, sebelum ini ditenggelami air.

Tinjauan Suara Merdeka mendapati timbulnya semula jalan ini telah menarik perhatian ramai pemancing dan penangkap ikan.

Antara sempat ditemui, empat sekawan yang datang dari Kampung Padang Melangit untuk menjala ikan.

Muhammad Hilmi Abu Bakar, 30, apabila jalan timbul mudah bagi mereka untuk bergerak ke bahagian tengah tasik bagi mendapat lebih banyak ikan.

“Saya datang ke sinipun kerana seronok menghayati alam sekitar yang cantik sambil menjalan ikan,” katanya.

Katanya, paling banyak ikan yang diperoleh jenis bongkok dan peacock bass (ikan raja).

Sementara itu rakannya, Bakar Osman, 69 atau dikenali sebagai “Pak Leh” mengakui tasik ini semakin kekurangan ikan termasuk haruan.

“Kehadiran ikan pemangsa iaitu peacock bass memusnahkan spesies ikan lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sejak jalan ini timbul semula membolehkan mereka membawa pulang hasil ikan lebih banyak dari sebelum ini.

Katanya, hasil tangkapan ini biasanya untuk kegunaan sendiri dan jika ada lebih akan dibuat ikan pekasam dan dijual jika ada yang berminat. – SM

BACA Paras empangan Bukit Merah kritikal akibat kemarau

BACA Paras air Empangan Timah Tasoh bawah paras kritikal

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button