Nasional

Jakim lancar Musa’adah 3, beri bantuan RM3.3 juta kepada Palestin

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tabung Musa’adah Covid-19 kali ketiga 1 Jun lalu bagi membantu masyarakat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, Tabung Musa’adah 1.0 dan Tabung Musa’adah 2.0 yang dilancarkan sebelum ini telah menyalurkan bantuan berjumpah RM522 juta.

“Musa’adah 3.0 baru dilancarkan pada 1 Jun 2021 bersempena sekatan pergerakan penuh seluruh Malaysia.

“Alhamdulillah, lebih kurang RM522 juta dana zakat, waqaf, infaq dan lain-lain berjaya diagihkan sepanjang Mac 2020 2021 menerusi Musa’adah 1.0 dan 2.0,” katanya.

Sementara itu Zulkifli berkata, dalam mesyuarat bersama pengurusan tertinggi JAKIM secara maya beberapa keputusan dan tindakan akan diambil dengan segera untuk manfaat ummah.

Antaranya termasuk melancarkan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) PERKESO untuk 22,504 orang pegawai masjid dan 3,130 orang guru takmir.

Usaha tersebut merupakan julung kali diambil dalam sejarah pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia hasil kerjasama semua pihak.

Jakim turut menyerahkan bantuan bernilai RM3.3 juta kepada badan bukan kerajaan (NGO) terpilih untuk disalurkan terus ke penduduk Palestin yang diserang dengan ganas oleh regim Israel selama 11 hari hingga lebih 200 orang maut.

Tambah beliau, bagi membantu mangsa keganasan rumah tangga Jakim telah membuka dua masjid di Kuala Lumpur sebagai pusat transit mangsa.

Tambahan tersebut menjadikan 12 buah masjid di Wilayah Persekutuan menjadi pusat aduan dan tempat mendapatkan khidmat kaunseling.

Jelas Zulkifli, kesemua pegawai masjid yang terlibat telah mendapat latihan dari Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

“Saya faham, krisis rumahtangga agak meruncing bagi segelintir masyarakat terutamanya ketika pandemik ini.

“Datanglah masjid yang telah terpilih sebagai pusat transit dan pusat aduan. Kami sedia menanti.

“Insya-Allah ia akan dikembangkan ke Putrajaya dan Labuan. Saya juga mengharapkan insiatif ini disambut baik oleh pihak berkuasa agama negeri,” katanya.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button