Nasional

JAIPs laksanakan ‘PERLIS MENGAJI’ sepanjang tempoh kawalan pergerakan


Kangar – Sebagai langkah melestarikan pengajian ilmu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) mengadakan program ‘PERLIS MENGAJI’ melalui ‘Facebook livestreaming’ sepanjang tempoh ‘kawalan pergerakan’ selama dua minggu ini dari 18 hingga 31 Mac 2020.

Inisiatif yang diperkenankan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) merupakan tindakan pantas JAIPs sebagai alternatif untuk semua umat Islam memanfaatkan tempoh keberadaan di rumah masing-masing.

Antara yang dilaksanakan dalam program ‘PERLIS MENGAJI’ setakat ini adalah

1. Kuliah Agama secara atas talian – pada waktu Subuh, Dhuha, Zuhur dan Isya’ setiap hari,

2. Kelas Sekolah Agama Petang Perlis (SAPPs) untuk Darjah 1 dan Darjah 2 seminggu sekali, secara atas talian, dan juga

3. Tilawah Al-Quran secara atas talian sampai khatam 30 juzuk, 2 kali sehari iaitu jam 8.30 pagi dan 3.00 petang, sepanjang 14 hari kawalan pergerakan ini.

Pada kesempatan yang sama, Pengarah JAIPs, Dr Hazman Hassan menambah bahawa untuk mengkhatam 30 juzuk dalam masa 14 hari di rumah masing-masing, perancangan dibuat adalah menyemak bacaan melalui livestreaming PERLIS MENGAJI berpandukan rumus berikut:-

18 Mac – 2 juz
19 Mac – 2 juz
20 Mac (Jumaat) – 3 juz
21 Mac – 2 juz
22 Mac – 2 juz
23 Mac – 2 juz
24 Mac – 2 juz
25 Mac – 2 juz
26 Mac – 2 juz
27 Mac (Jumaat) – 3 juz
28 Mac – 2 juz
29 Mac – 2 juz
30 Mac – 2 juz
31 Mac – 2 juz

Jumlah penuh : 30 juz.

Maka sehari 2 kali iaitu jam 8.30 pagi dan 3.00 petang, setiap kali 1 juzuk dibaca, seorang Guru Al-Qur’an MAIPs akan memimpin bacaan Al-Qur’an mengikut juzuk yang ditetapkan menerusi livestreaming di Facebook rasmi JAIPs dan Facebook Suara Sunnah. Justeru para penonton di mana sahaja mereka berada boleh ikut membaca bersama-sama sehingga khatam 30 juzuk InsyaAllah.

Dalam mengangkasa sebuah negeri berdaulat yang bertauhid dan bertamadun, walaupun sekatan pergerakan dilaksanakan dalam ujian pandemik COVID-19, namun semangat untuk berilmu dan beramal di Negeri Perlis tidak akan luntur dan terus disemarakkan.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button