SEMUA rakyat perlu bersama-sama menjadikan setiap perayaan dan budaya sebagai teras atau elemen yang memperkuat kesepaduan dan mempertingkat persefahaman.
Menzahirkan ucapan Selamat Hari Wesak buat seluruh penganut Buddha terutamanya di Malaysia hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata. antara etika universal yang ditekankan dalam ajaran Buddha adalah menolak ‘ignorance’ (kejahilan/ketidaktahuan).
Beliau berharap rakyat berusaha meningkatkan kefahaman, merangkul segala kekuatan rakyat dan memberi keutamaan dalam melonjak negara ke depan.
“Semoga perayaan Wesak yang mencerahkan buat kalian, membawa kebahagiaan buat sahabat dan keluarga, selain memperkukuh kerukunan.
“Saya amat yakin negara ini mampu menjadi gagah dengan rakyatnya yang kuat dan berpadu.
“Sekali lagi, selamat menyambut Hari Wesak buat seluruh penganut Buddha di Malaysia!” kata Anwar menerusi hantaran di Facebook
Hari Wesak adalah hari terpenting masyarakat beragama Buddha bagi memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian pengasas agama itu, Siddharta Gautama. – SM