Politik

“Itu Sukuk, bukan Pelupusan Hutang Peneroka FELDA,” – Muhyiddin dedah dokumen Anwar

Pengerusi Perikatan Nasional (PH), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa dokumen yang dikemukakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukanlah Pelupusan Hutang Peneroka FELDA.

Sebaliknya dedah Muhyiddin, biar pun Anwar cuba membuat kenyataan media tentang Pelupusan Hutang Peneroka FELDA, ia adalah Sukuk yang pernah ditandatangan Anwar

“Saya pun pernah berkali-kali menjelaskan sebelum ini bahawa dokumen yang Anwar tandatangan itu adalah berkenaan Sukuk bukan pelupusan hutang peneroka FELDA.

“Pendedahan dokumen itu membuktikan saya bercakap benar. Yang berbohong dan fitnah saya ialah Anwar,” katanya dalam satu kenyataan.

Siaran Media Kementerian Kewangan juga mengesahkan ia berkenaan jaminan kerajaan sebanyak RM9.9 bilion dan bukan Pelupusan Hutang Peneroka FELDA sebanyak RM8.3 bilion yang telah pun Muhyiddin selesaikan pada tahun 2021.

“Dokumen sukuk yang didedahkan juga menunjukkan Anwar tidak memahami kandungan dokumen yang dia tandatangan sebagai Menteri Kewangan.

“Ini bahaya. Entah apa lagi dokumen atau perjanjian yang dia tandangan atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dia tidak faham atau tidak tahu isi kandungannya,” katanya.

Bagi Muhyiddin, Anwar tidak layak (incompetent) untuk kekal sebagai Perdana Menteri kerana lagi lama Malaysia ditadbir oleh kerajaan Madanon Anwar Ibrahim, lagi besar mudaratnya kepada rakyat.

“Oleh kerana Anwar gagal mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat dan secara terbuka kepada saya dalam tempoh 24 jam sepertimana yang terkandung di dalam surat tuntutan peguam saya kepadanya, maka saya telah mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan saman fitnah ke atasnya,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button