Nasional

Iswardy Morni cari pasal atau cari nahas?

SIAPAKAH Iswardy Morni? Tiba-tiba hari ini mendapat satu rakaman video di WhatsApp. Video itu 28.5.2021 TOTAL LOCK DOWN. Ada lagi sambungan tajuk video tersebut tetapi tidak perlulah ditulis di sini.

Dengan bangga dan tersengih umpama kerang busuk, Iswardy Morni bertalu-talu bertanya soalan kepada ‘Tuanku’. Siap petik baginda Tuanku Sultan Johor lagi berhubung isu lockdown.

Iswardy Morni ketika rakaman video itu dibuatnya, dengan bangga memberitahu, dibelakangnya, ada 6,000 penonton yang menonton videonya.

Dan angka terkini, 7.8k yang menonton video Iswardy Morni Official itu.

Sebagai orang Melayu, sebenarnya kita perlu beradab dengan tutur kata. Biar sopan menyusun ayat dalam menyampaikan hasrat dan hajat di hati.

Bukannya meletakkan subjek yang ditujukan itu sama taraf dengan kita atau pun seumpama rakan-rakan sebaya.

Sedar atau pun tidak, Iswardy Morni ini tidak menggambarkan budi bahasa kalau ya pun sakit hati dengan pemerintah.

Jadilah rakyat yang bijak, jadikan insan yang berhemah dan berbudi pekerti. Menegur orang ada caranya, bukannya menggunakan otak semata-mata tetapi akal tiada. Ataupun otak letak di kepala lutut.

Terkilan menonton video Iswardy Morni ini kerana teguran yang dibuatnya itu, memalukan anak bangsa. Janganlah kurang ajar, jangan biadap.

Khabarnya, individu ini asyik melalak, tidak tahu hujung pangkal dan tiada penghujung. Jadi, biarlah apabila melontarkan saranan, berlapik bahasanya.

Jangan guna kepala lutut apabila bercakap. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button