Isu tokey burger dan MBSA, peniaga kecil mengeluh hilang pendapatan
RAMAI yang memuji tindakan pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid yang mendedahkan tindakannya mendedahkan isu berkaitan kegiatan judi dan perniagaan haram di Sungai Buloh.
Tindakannya itu membuatkan pihak berkuasa terutamanya Polis Dirajaya Malaysia dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil tindakan undang-undang serta merta di kawasan tersebut.
Malah, pagi tadi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga telah menahan tiga penguatkuasa kerana disyaki menerima rasuah daripada peniaga di kawasan tersebut.
Namun, tindakan Mohd. Asri itu nampaknya tidak berapa disenangi beberapa sekelompok peniaga yang sekian lama mencari pendapatan di kawasan tersebut.
BACA> Terima rasuah permis perniagaan, tidak pegawai MBSA ditahan
Kebanyakan daripada peniaga kecil yang meniaga nasi lemak, goreng pisang dan cendol telah diarahkan berhenti berniaga atau tindakan akan diambil.
Menurut pemilik akaun Facebook, Azri yang juga seorang peniaga berkata, semua peniaga telah diminta untuk hentikan operasi oleh MBSA.
“Kami sebagai peniaga hanya berniat untuk mencari rezeki yang halal untuk anak dan isteri kami.
“Bukan isu rasuah MBSA ke apa. MBSA selalu je datang bagi saman dan kami aku dengan arahan pihak berkuasa dan ikut segala operasi pematuhan standard (SOP) yang diarahkan.
“Saya sangat berterima kasih kepada abng hot burger hero Malaysia kerana disebabkan anda, semua peniaga di kawasan Bandar Baru Sungai Buloh telah terjejas dan disebbkan iri hari anda, kami semua terima akibatnya.
“Biar pandangan orang luar terhadap perniaga mcm kami di sini buruk dan kami tiada masalah sebab orang luar tidak tahu masalah yang kami hadapi,” katanya.
BACA> Berhentilah kecam polis – Pengasas Hot Burger
Sementara itu, seorang lagi peniaga yang menggunakan nama Facebook Plonxbox berkata, alang-alang nak beri notis, biar satu negeri kena, baru adil.
“Semua kena bersihkan dalam masa 24 jam. Esok juga semua ni kena hancurkan. Kilang-kilang tambah awning depan pun kena notis.
“Peniaga kecil-kecil berniaga nasi lemak,kueh,goreng pisang depan rumah, untung RM30 sehari dah tak boleh berniaga.
“Esok makcik-makcik ni kena beratur di pusat zakat mohon bantuan.
“Kami tak marah, cuma kami fikirkan peniga-peniaga kecil juga. Kalau MBSA marah pada abang Hot Burger, jangalah satu Sungai Buloh kena serang,” katanya.
Mungkin tindakan yang diambil MBSA betul cuma janganlah diketepikan hak peniaga kecil-kecilan terutamanya melibatkan rakyat tempatan.
Asalkan tidak menghalang lalu lintas, rasanya mungkin MBSA boleh benarkan mereka berniaga di atas budi bicara. -SM