Politik

Isu Perak: Muhyiddin, Zahid, Hadi bertemu di Parlimen

Presiden-presiden parti Bersatu, UMNO dan Pas dilaporkan bertemu hari ini bagi membincangkan isu berkaitan calon menteri besar dan penubuhan kerajaan Perikatan Nasional.

Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengadakan perbincangan itu di bangunan Parlimen.

Memetik laporan Malaysiakini, pertemuan itu disahkan oleh Setiausaha Kerja Umno Mohd Sumali Reduan, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, dan satu sumber UMNO.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button