ParlimenPolitik

Masalah di Perak selesai, Ahmad Faizal umum di Dewan Rakyat

BEKAS Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebentar tadi mengumumkan di Dewan Rakyat isu berkaitan calon baharu Menteri Besar di negeri itu telah selesai.

Ahmad Faizal yang merupakan Ahli Parlimen Tambun berkata, beliau diberitahu perkara itu oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Setelah dirujuk oleh Bagan Datuk dan juga Marang saya dapat tahu masalah di Perak sudah selesai. Maka saya bangun untuk membahaskan usul yang telah dibawa,” kata Ahmad Faizal.

Pengumuman Ahmad Faizal itu menyebabkan ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional bersorak gembira.

Ahmad Faizal bangun untuk membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan di Dewan Rakyat sebentar tadi.-SM

(Visited 3,111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button