AgamaNasional

Isu kekurangan bekalan lembu untuk Aidiladha selesai sebelum Julai

TEMPOH kuarantin kemasukan lembu import ke negara ini dipendekkan kepada 14 hari berbanding 30 hari maka selesailah isu kekurangan bekalan lembu hidup bagi ibadah korban menjelang awal Julai ini bagi sambutan Aidiladha.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (DVS), Datuk Dr Norlizan Mohd Noor

Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (DVS), Datuk Dr Norlizan Mohd Noor berkata, pihaknya telahpun mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak berkuasa Thailand untuk menyelesaikan beberapa perkara teknikal dan protokol bagi membolehkan lembu-lembu hidup dari negara jiran itu dapat masuk ke Malaysia dengan segera.

“Semalam pun kita sudah menghantar satu surat terkini kepada pihak Thiland untuk meminta kerjasama mereka agar membenarkan pengeluaran sijil kesihatan veterinari.

“Insya-Allah dalam tempoh terdekat, sebelum raya korban ini, kita akan dapat selesaikan,” katanya seperti dilaporkan BERNAMA usai mengadakan lawatan ke ladang ternakan ayam Leong Hup di Taboh Naning, hari ini bagi melepaskan lembu-lembu yang telah ada dalam stesen kuarantin di Thailand.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Badrul Hisham Mohd.

Dr. Norlizan berkata, Malaysia memerlukan 42,000 ekor lembu hidup bagi tujuan ibadah korban namun setakat ini, bekalan lembu hidup tempatan hanya mampu membekalkan kira-kira 38,000 ekor sahaja.

Katanya lagi, “kita masih bergantung kepada kemasukan segera lembu hidup dari luar khususnya dari Thailand memandangkan saiz lembu yang diimport dari negara itu lebih sesuai bagi ibadah korban seperti mana lembu yang diternak di Malaysia.”

Katanya, mereka yang ingin melaksanakan ibadah korban juga tidak perlu bimbang dengan tempoh masa kuarantin yang dikenakan terhadap lembu-lembu hidup yang import dari Thailand yang dibenarkan memasuki Malaysia.

“Insya-Allah sempat sebab kita sudah tengok semula syarat protokol import kita dan perbincangan dengan pemain industri minggu lepas telah memaklumkan tempoh kuarantin di Malaysia sudah disingkatkan dari 30 hari kepada 14 hari sahaja,” katanya.

Bercakap tentang rumah sembelihan yang akan digunakan sepanjang Aidiladha, Dr. Norlizan menjelaskan, jumlahnya masih belum ditentukan.

Bagaimanapun, beliau berkata, sudah terdapat permintaan daripada pelbagai pihak untuk menggunakan perkhidmatan di rumah sembelihan.

“Bukan sahaja semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tetapi dalam keadaan sekarang pun kita masih berharap dan menggalakkan penyembelihan dilaksanakan di rumah sembelih yang ditetapkan sama ada kerajaan atau swasta.

“Untuk tahun ini kita jangkakan seperti tahun lepas juga yang mana banyak rumah sembelihan sudah mula menerima tempahan bukan sahaja dari pihak perseorangan tetapi juga berkumpulan yang mahu melakukan ibadah korban,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button