Isu cerai Ira Kazar dan Syamsul, Puteri Sarah kunci mulut enggan tambah derita orang lain
PELAKON Puteri Sarah mengambil pendekatan enggan mengulas lanjut mengenai perceraian bekas suaminya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar dan menganggap perceraian mereka adalah takdir yang sudah tertulis.
Menurut laporan Harian Metro, Puteri Sarah berkata dia enggan memberikan sebarang komen terhadap penderitaan orang lain.
“Saya dan Syamsul sudah tiada apa-apa ikatan hanya berurusan hal anak-anak saja. Apa yang berlaku hari ini, saya tak nak komen apa-apa. Saya enggan menambah penderitaan sesiapa,”katanya.
Sementara itu, apabila ditanya adakah dia akan membuka hati untuk menerima bekas suaminya, Puteri Sarah berkata fokusnya kini hanya untuk anak-anak dan bahagia dengan hidupnya sekarang.
“Saya bahagia dengan kehidupan sekarang. Alhamdulillah. Saya nak cari duit untuk anak-anak. Saya nak besarkan mereka sebaik mungkin,”katanya.
Hari ini, Syamsul Yusof dan Ira Kazar sah bercerai talak satu. Mahkamah mendapati Ira melanggar taklik dengan memuat naik hantaran di media sosial sekaligus jatuh talak.