Isteri pijak kemaluan suami sampai pengsan
SEORANG wanita berusia 30 tahun, yang berang suaminya bermain kayu tiga bertindak memijak kemaluan suaminya yang berusia 34 tahun sampai pengsan.
Kejadian itu berlaku di Desa Kalibuntu, Kraksaan, Probolinggo, Indonesia hari ini dan telah disahkan oleh jurucakap polis Probolinggo, Isyana Reni Antasari.
Gaduh
“Pada mulanya pasangan itu hanya bertikam lidah soal orang ketiga dan ekonomi rumah tangga dan akhirnya membawa kepada pergaduhan,” kata Isyana Reni..
Wanita itu telah memukul suaminya sehingga tersungkur dan kepalanya terkena bucu meja.
Kronologi
Ketika dalam keadaan terbaring, suspek telah memijak kemaluan suaminya sehingga pengsan dan terpaksa dikejarkan ke klinik di Waluyo Jati Kraksaan.
“Keluarga Syamsul telah membuat laporan tentang kejadian itu di Balai Polis Probolinggo,” kata Isyana Reni.
Polis sedang siasat
Berikutan itu Polis Probolinggo sedang menjalankan siasatan termasuk mengambil kenyataan daripada suspek.
Polis juga mengesahkan keadaan lelaki berkenaan semakin baik dan telah sedar dari pengsan.