Hiburan

Isteri bukan kaki kikis – Mawi

PERNAH dilabel sebagai kaki kikis dan kaki bomoh kerana mengahwini penyanyi, Mawi ketika diambang populariti.

Namun, Mawi dalam akaun Instagramnya hari ini memberitahu bahawa isterinya yang juga seorang pelakon, Ekin sedikit pun tidak pernah memaksanya untuk memberi duit.

“Dia tak pernah nak paksa aku dan minta duit tiap-tiap bulan.

“Malah, dia sendii pandai cari duit sendiri dan tak pernah mengharapkan aku sepenuhnya,” kata Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani.

Related Articles

Mawi berkongsi kenyataan itu selepas mendapat kejutan hadiah bersempena hari bapa daripada isterinya yang berupa sebuah kamera digital.

Pengarah filem Tiada Tajuk itu turut memberitahu yang menolak tuduhan sebelum ini yang mengatakan isterinya seorang kaki kikis.

“Dulu ramai yang kata dia ni akan kikis duit aku sampai tinggal seluar dalam.

“Tetapi sebaliknya yang berlaku, saya yang kikis duit dia,” kata Mawi dengan niat berseloroh.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2008 dan mereka dikurniakan seorang anak bernama Cahaya Malaika, 8 tahun. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button