Isteri berhak tuntut talak jika suami merokok
MESYUARAT
JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE – 40 / 2019
28-29 Mac 2019 / 21-22 Rejab 1440H
FATWA
ISTERI BERHAK MENUNTUT TALAK DISEBABKAN ANCAMAN MEROKOK
Rokok dari sudut kesihatan mendatangkan kemudaratan kepada yang menghisapnya dan juga sesiapa yang menghidu asapnya. Demikian juga mengganggu mereka yang bergaul dengannya seperti bau yang busuk. Maka, isteri seorang perokok yang terancam kesihatannya atau terganggu kehidupannya disebabkan tabiat merokok suaminya boleh menuntut fasakh. Pihak mahkamah hendaklah membuat penilaian tentang kemudaratan ini terhadap isteri.
Hak penjagaan anak yang masih kecil tidak boleh diberikan kepada bapa atau ibu yang merokok jika didapati tabiat itu mendatangkan kemudaratan kepada anak berkenaan. Hal ini akan dinilai di mahkamah.
Demikian apa-apa bahan yang diambil oleh suami yang memberikan kesan yang memudaratkan kepada isteri. Ini seperti dadah, ketum dan seumpamanya.
Diperakukan dalam Mesyuarat
Majlis Agama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Perlis
Bil 3/2019 pada 22 April 2019