Nasional

Istana Negara akan keluar kenyataan petang ini

ISTANA Negara dilapor mengesahkan satu kenyataan akan dikeluarkan petang ini dipercayai menyentuh perkembangan kesihatan Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, maklumat terperinci mengenai kenyataan tersebut tidak didedahkan.

Pengesahan tersebut dimaklum oleh jurucakap Istana ketika dihubungi portal MalaysiaGazette, selepas satu pesanan tular menerusi aplikasi Whatsapp.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat berkaitan pengumuman Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga dimaklumkan.

Namun, terdahulu, Istana Negara mengeluarkan kenyataan memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, As Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).

Baginda dirawat di Wad Diraja pusat perubatan itu pada 21 September lalu kerana gering selepas mengadu kurang selesa dengan kesihatannya.

Perkara itu dimakumkan atuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada 25 September lalu.

Beliau berkata, baginda telah dinasihatkan oleh para doktor supaya berada di bawah pengawasan doktor di hospital selama tujuh hari.

Bagaimanapun, ketika baginda sedang dirawat, Anwar yang juga Presiden PKR memaklumkan sepatutnya menggadap Yang di-Petuan Agong pada Selasa lepas.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar ketika mengumumkan mempunyai majoriti cukup untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun Anwar enggan menyatakan perinciannya kerana mahu menghormati baginda sebagai orang pertama yang patut menerima maklumat tersebut.

Walau bagaimanapun, pertemuan Anwar dengan Yang di-Pertuan Agong perlu ditangguhkan selepas baginda dimasukkan ke IJN.

Yang di-Pertuan Agong sepatutnya dibenarkan keluar pada hari ini jika dihitung tujuh hari sejak dimasukkan ke Wad Diraja pada Isnin lepas. – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button