Luar Negara
Israel tidak berhak sekat bantuan kemanusian ke Gaza – Zambry
Rejim Zionis Israel tidak berhak menyekat segala bentuk kemanusiaan dari negara luar kepada penduduk di Gaza, Palestin.
Perkara itu ditegaskan oleh Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abd Kadir kerana mengambil kira situasi kritikal pada masa ini.
Katanya, Malaysia juga menggesa masyarakat dunia termasuk pertubuhan antarabangsa untuk segera menyalurkan bantuan kemanusiaan ke sana.
Pada masa sama, Malaysia turut meluahkan kekecewaan terhadap tindakan berat sebelah dalam menangani perang Israel-Palestin. – SM