Luar Negarapilihan

Israel lancar serangan peluru berpandu ke atas Isfahan, Iran

Israel telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas tapak di Iran, menurut penyiar AS ABC News.

Agensi berita separuh rasmi Iran Fars telah melaporkan letupan di wilayah Isfahan dengan televisyen negara melaporkan penerbangan di beberapa bandar telah digantung.

gensi berita rasmi Iran,  IRNA berkata, beberapa siri letupan di Syria menyasarkan tapak tentera.

IRNA berkata, serangan melanda lapangan terbang tentera “Adra” dan “Al-Thala” dan batalion radar yang terletak di antara bandar “Adra” dan kampung “Qarfa” di selatan Syria.

Di Iraq pula, letupan dilaporkan berlaku di kawasan al-Imam Babel.

Isfahan menjadi sasaran kerana ia dianggap sebagai bandar yang penting secara strategik dan merupakan lokasi beberapa kemudahan penting, termasuk tapak penyelidikan dan pembangunan ketenteraan, serta pangkalan.

Bandar Natanz yang berdekatan adalah menempatkan salah satu tapak pengayaan nuklear Iran.

Agensi berita Fars Iran melaporkan bahawa letupan kedengaran berhampiran lapangan terbang di bandar Isfahan tengah negara itu, tetapi puncanya tidak diketahui, menurut agensi berita Reuters.

“Punca bunyi ini masih tidak diketahui, dan siasatan diteruskan sehingga butiran sebenar kejadian itu ditentukan,” kata agensi berita. – Al Jazeera

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button