Nasional

Ismail Sabri sebak bila bicara soal tekanan hidup rakyat

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebak apabila bercerita tentang rakyat tertekan, sehingga ada yang membunuh diri akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya.

Menteri kanan itu berkata, perkara tidak dihebahkan, tetapi ramai yang terjejas jika aktiviti ditutup sepenuhnya.

Jika kilang ditutup, katanya ia bukan sahaja memberi kesan kepada pemilik kilang sahaja, tetapi ribuan pekerja akan dibuang kerja dan hilang pendapatan.

Begitu juga bagi mereka yang mengharapkan pendapatan harian, ujar Ismail Sabri, jika mereka tidak dibenarkan berniaga bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan.

Semasa PKP pertama dilaksanakan, jelas beliau kira-kira 800,000 hilang pekerjaan.

”Ada yang terpaksa makan nasi dengan garam sahaja,” katanya pada sidang media hari ini.

Justeru selain SOP lebih ketat dilaksanakan khususnya bagi sektor ekonomi, beliau juga menekankan kepada kawalan kendiri.

Ini bermakna kata beliau, orang ramai perlu duduk di rumah dan jika terpaksa keluar hendaklah menjaga SOP ditetapkan.

Hari ini sebanyak 6,320 kes baharu Covid-19 dan 50 kematian.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button