Ismail Sabri cadang pihak KBS tinjau litar perlumbaan drag di Terengganu dan Johor
Bekas Perdana Menteri Kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri cadangkan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meninjau dan melawat litar perlumbaan drag yang telah siap dibina di Terengganu dan Johor.
Hal ini demikian kerana kos pembinaan litar drag di Johor adalah pada kadar minimum seperti pembinaan litar dan pagar keselamatan sahaja.
Berbanding pembinaan litar drag di Terengganu, ia menelan kos yang lebih tinggi berbanding di Johor kerana mempunyai tempat duduk grandstand.
“Ketika pentadbiran Kerajaan Keluarga Malaysia, sebanyak RM20 juta telah diperuntukkan dalam Bajet 2023 bagi pembinaan litar perlumbaan drag untuk memberi peluang kepada belia membabitkan diri dengan lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.
“Litar drag ini juga akan menjadi platform terbaik untuk menarik lebih ramai tenaga pengajar professional untuk melatih belia dan seterusnya melahirkan bakat baharu dalam sukan permotoran negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Ismail berkata demikian selepas merasa kesal dengan kenyataan yang diberikan oleh Menteri Belia dan Sukan (Hannah Yeoh) di Parlimen pada 23 Mei mengenai keputusan Kerajaan untuk tidak meneruskan pembinaan litar perlumbaan drag di setiap negeri.
BACA JUGA > Apabila Fadhlina Sidek berbaju kurung dengan ‘sport shoes’, ramai wanita boleh ‘relate’
Kata Ismail, kekurangan platform dan kompleks sukan permotoran ini merupakan salah satu punca peningkatan masalah sosial dalam kalangan belia seperti perlumbaan haram, aktiviti samseng jalanan dan melepak.
“Pembinaan litar drag di Jempol, Negeri Sembilan yang siap pada tahun 2022 juga hanya melibatkan kos sebanyak RM1.3 juta iaitu satu usaha kerjasama di antara agensi swasta, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan
Kerajaan Negeri Menteri Belia dan Sukan seolah-olah tidak memahami aspirasi anak muda dan minat mereka dalam bidang permotoran ini.
“Pihak KBS diharap dapat memberi pertimbangan sewajarnya akan cadangan tersebut agar satu penyelesaian tuntas dapat diberikan dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh para belia,” katanya. – SM
PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!