Nasional

Apabila Fadhlina Sidek berbaju kurung dengan ‘sport shoes’, ramai wanita boleh ‘relate’

Kalau sebut tentang menteri dalam Kerajaan Perpaduan, pasti nama Fadhlina Sidek akan naik kerana aura serta khidmatnya sepanjang menjadi Menteri Pendidikan.

Bukan sahaja sikapnya yang ramah serta lemah lembut malah di sebalik ketegasannya sebagai seorang menteri, Fadhlina menjadi inspirasi ramai cikgu wanita.

Baru-baru ini, sekeping gambar Fadhlina yang berbaju kurung dengan ‘sport shoes‘ tular dan ramai wanita boleh ‘relate’ dengan gaya sedemikian.

Hal ini demikian kerana untuk bergerak aktif ke banyak tempat, sport shoes adalah pilihan terbaik untuk mengelakkan rasa sakit atau lenguh kaki.

Malah lebih daripada itu, pemakaian sport shoes bagi kerja-kerja yang melibatkan berjalan akan menjadi lebih laju dan selamat daripada pelbagai aspek.

Bayangkan wanita bekerjaya itu mahu bergerak pantas tetapi memakai kasut tumit tinggi kerana kononnya nampak lebih bergaya dan elegan, pasti semua perkara jadi lambat.

Melihat kepada salah satu gaya Fadhlina yang kena pada tempatnya, ada yang mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menggalakkan pemakaian kasut yang sesuai untuk golongan guru wanita.

Salah satu realitinya, guru-guru juga perlu naik turun tangga dan bergerak daripada satu kelas ke kelas lain dan seharian pakai kasut tumit tinggi, naik lenguh juga kaki!

PENTING

1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;

2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!

 

(Visited 871 times, 2 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button