Berita

Ismail Sabri bentang cadangan tangani peningkatan mendadak jumlah kes Covid-19

Menteri kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau mengambil maklum bilangan kes yang meningkat mendadak hari ini.

“Langkah yang perlu diambil dalam situasi begini bukanlah jalan paling mudah, tapi jalan yang terbaik untuk keselamatan kita bersama.

“Saya sudah bawa cadangan ini ke atas, doakan semoga ada sinar untuk semua,” katanya di dalam twitter.

Hari ini jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 8,290 kes.

Sehingga 28 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 8,290 kes (549,514 kes)

Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 2,052 (179,502)
Sabah – 308 (61,582)
Johor – 762 (56,993)
WPKL – 830 (56,862)
Sarawak – 698 (45,436)
Pulau Pinang – 421 (27,705)
Kelantan – 851 (25,574)
Negeri Sembilan – 520 (24,686)
Perak – 405 (19,895)
Kedah – 544 (17,555)
Melaka – 380 (11,192)
Pahang – 254 (8,903)
Terengganu – 207 (8,164)
WP Labuan – 6 (3,170)
WP Putrajaya – 44 (1,822)
Perlis – 8 (473)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button