Politik

Islamfobia isu yang dapat perhatian

ISLAMFOBIA merupakan isu yang mendapat perhatian sehingga ada program pelancaran majlis untuk mencegah wabak Islamfobia.

Presiden PUTRA, Datuk Dr Ibrahim Ali membuat catatan untuk dikongsi bersama pembaca SUARA MERDEKA, Islamfobia merupakan kegiatan extremis Islam yang dikatakan tidak baik dan perlu dicegah sebelum merebak dan tidak terkawal.

SEBAHAGIAN ahli parti mendengar amanah Presiden.

Dalam ucapan beliau ketika merasmikan Persidangan Tahunan PUTRA Bahagian Rantau Panjang bertempat di Dewan Adijagat Lubuk Jong, beliau berkata, sebagai rakyat sudah tentu semua pihak perlu bersikap pro aktif untuk sama-sama mencegah dan tidak terlibat dengan Islamfobia ini.

Seterusnya adalah catatan beliau yang lebih mesra dengan panggilan Tok Him:

Apa sahaja keburukan mesti dicegah. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Bertindak sebelum keadaan bertambah buruk, jika ia nya benar terhadap wabak Islamfobia.

SOKONG bukan sembarangan, Putra sokong apa yang elok untuk bangsa Melayu dan agama.

Namun perlu juga dipersoal dari mana timbulnya perkataan islamfobia ini. Apa makna Islamfobia? Ungkapan yang diberi terhadap kebangkitan golongan extremis Islam. Siapa mencipta gelaran Islamfobia ini?

Apakah tidak mungkin ia datang dari golongan yg anti Islam dan gembar gemburnya sudah di luar kotak sehingga betul-betul menankutkan banyak pihak terhadap Islamfobia.

Kita bersikap positif dan memberi perhatian serious terhadap Islamfobia ini. Namun apakah bagi yang berjuang untuk menegakkan Islam dan hukum Allah dikatakan Islamfobia?

Apa pun kita tidak wajar terperangkap dengan perang psaikologi yang tetap buruk sangka dan mahu menegakkan cita-cita dan matlamat chevanist mereka.

Selain Islamfobia yang dikatakan extremis Islam, bagaimana pula dengan extremis perkauman iaitu bersifat chevanist perkauman yang menuntut berbagai perkara yang bertentangan dengan Perlembagaan negara tetapi di uarakan atas nama hak asasi manusia dan demokrasi.

Rakyat sudah tentu semua pihak perlu bersikap pro aktif untuk sama-sama mencegah dan tidak terlibat dengan Islamfobia ini.

Golongan chevanist  ini amat merbahaya dan golongan ini melihat mereka saja yang membawa halatuju yang betul.

Mereka yang menentang chevanist ini dikatakan extremis walhal merekalah yang sebenarnya extremis.

Kita harus sedar ada harimau yang sesat lama dalam hutan dan meraung saban hari.

Harimau ini tidak sedar ia berada dalam hutan yang salah tetapi biarkan meraung dengan slogan Islamfobia fahamannya yang sesat itu.

Perdana Menteri juga  memberi amaran ada golongan  mabuk kuasa yang boleh mengancam keselamatan negara.

Amat wajar PM memberi gambaran yang jelas, siapakah golongan ini sehingga terpaksa menggerakkan pihak keselamatan untuk bersiap sedia menangani ancaman ini?

Mungkin nampak angin tapi dikatakan ribut. Kita desak PM dedahkan dengan jelas siapa mereka yang dimaksudkan mengancam keselamatan negara kerana kemarut atau gila kuasa.

Sejak Tun M menyertai Putra keahlian Putra bertambah sekitar 100-200 orang ahli setiap hari dari seluruh negara.

PUTRA dalam proses kebangkitan sebagai sebuah parti pilihan baru umat Melayu dan Bumiputra untuk mengalas kesinambungan perjuangan nasionalisma Melayu Islam yang digagal oleh parti-parti terdahulu kerana terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa dan maksiat.

BACA https://suaramerdeka.com.my/malaysia-edar-1-juta-al-quran-ganti-yang-dibakar-paludan/

Rakyat makin sedar namun rakyat juga terpalit dengan gula-gula RM200-RM300 setiap kali PRU.

Putra kian mula mendapat perhatian rakyat sebagai parti yang BERSIH dan lihat Bersih, BERMORAL dan BENAR-BENAR BERINTEGRITI.

Inilah sebabnya Tun M akhirnya memilIh parti Putra dan roh perjuangan Putra senada dengan perjuangan Tun M.

Rata-rata pimpinan Putra akar umbi mahu mencalonkan Tun M sebagai Presiden Parti Putra bagi sessi 2023-2026 pada 7 Mei 2023 nanti.

Insya-Allah.. Saya bersedia untuk turun setangga ke bawah sebagai Timbalan Presiden dan Tan Sri Khalid Yunus yang kini Timbalan juga turun setangga ke bawah sebagai Naib Presiden I Parti Putra.

Pimpinan dalam Putra bersedia untuk melakukan apa saja demi perjuangan Melayu Bumiputra yang kini semakin cemas dengan berbagai cabaran.

Seramai 102 perwakilan hadzir dan berikut adalah Pimpinan Putra Bahagian Rantau Panjang bagi sesi 2023-2026 yg terpileh:

1.Ketua Bahagian RP Che Mohd Asemari Che Ali

2.Tim.K.Bahagian Dato Burhanudin Roslan

3.Naib Ketua Ramli Mamat dan 15 AJk yang terdiri  daripada berbagai golongan termasuk anak-anak muda, ahli perniagaan, petani dan profesional. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button