Politik

Isham main tembak peluru kapur, tidak menunjukkan sikap seorang graduan Harvard

1.   Semalam, saya terbaca di FMT News saranan dari Isham Jalil, Ketua Penerangan BN Selangor kononnya Tan Sri Annuar Musa hanya bijak mengulangi semula (parroting) kata-kata Pemimpin Parti DAP mengenai Isi Kandungan MOU antara Kerajaan PM Dato’ Seri Ismail Sabri dengan Pakatan Harapan.

2.  Isham juga kata, MKT UMNO telah membuat keputusan bahawa MOU tersebut tidak akan di lanjutkan lagi selepas 31 Julai 2022.

Isham juga kata, Annuar Musa bukan seorang Ahli MKT UMNO dan Annuar seharusnya mengikut keputusan MKT. Annuar Musa tidak seharusnya memandai-mandai buat kenyataan mengikut hati beliau sendiri (his own whim).

Terutama pula, kata-kata Annuar Musa seolah-olah mengikut rentak kenyataan Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke kata Isham lagi.

3.  Annuar Musa kata, MOU tersebut tidak mempunyai sebarang tarikh luput.

Manakala, di persetujui Pilihanraya Umum ke 15, tidak akan di adakan sebelum 31hb. Julai 2022 (bermakna juga, Dewan Rakyat tidak akan di bubarkan sebelum 31 Julai 2022).

4.  Anthony Loke pula kata, tarikh 31 Julai tidak seharusnya dijadikan tarikh penamat untuk Kerajaan melakukan sebarang reforms (penambah-baikan) seperti yang terkandung di dalam Perjanjian MOU tersebut.

5.  Isham juga menuduh Annuar Musa seharusnya meletakkan kepentingan Rakyat dan parti UMNO sebagai satu keutamaan bukannya cuba terus menerus berpaut kepada jawatan Menteri Komunikasi beliau.

*REALITI SEBENARNYA.*

6.  Saya amat kecewa dengan tulis Isham Jalil, seorang Graduan dari Havard USA, yang diambil kira sebagai golongan bijak pandai didalam negara ini.

Tuduhan-tuduhan Isham terhadap Annuar Musa bukan sahaja tidak berasas. Tidak tepat. Salah dan memalukan kerana beliau tidak membuat kajian terperinci kandungan MOU tersebut.

7.  Pertama, sekiranya Isham mengambil masa meneliti dokumen tersebut, amat jelas terpamir bahawa Annuar Musa adalah salah seorang yang menanda-tangani dokumen tersebut bagi pihak Kerajaan selain daripada Perdana Menteri, walaupun Annuar bukan Ahli MKT UMNO.

8.  Kedua, sebagai penanda-tangan dokumen tersebut, sudah pasti Annuar hafal isi kandungan dokumen ini.

Cuba lihat betul-betul Perkara 2 dan Perkara 3 Dokumen tersebut ;

*PERKARA 2 : TEMPOH MASA.*

Memorandum Persefahaman ini hendaklah berkuatkuasa daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani dan hendaklah terpakai sehingga pembubaran Parlimen Malaysia yang ke 14.

*PERKARA 3 : PERSEFAHAMAN PIHAK-PIHAK.*

Kerajaan bersetuju tidak akan mengusulkan pembubaran Parlimen sebelum 31 haribulan Julai 2022.

9.  Apa yang Annuar Musa kata adalah benar iaitu MOU tersebut berkuatkuasa dari tarikh ditandatangani sehingga Dewan Rakyat di bubarkan, dengan tiada tarikh luput.

Manakala, Kerajaan juga bersetuju didalam MOU tersebut, tidak akan membubarkan Dewan Rakyat sebelum 31 Julai 2022.

*EMBARRASSING / MEMALUKAN.*

10.  Ini jelas memperlihatkan bahawa Komentar Isham Jalil salah dan memalukan.

Cubaan Isham memalukan Annuar Musa tersasar, malahan sebaliknya memalukan diri beliau sendiri.

Kreadibiliti Isham Jalil sebagai Penganalisa Politik dan Penceramah Utama Barisan Nasional dan UMNO, tercemar akibat kesilapan besar ini.

11.  Sesungguhnya teguran Tan Sri Annuar Musa terhadap Isham adalah amat tepat ;

*Bagi yang suka menulis tetapi malas membaca atau menyelidik, baca dulu dokumen MOU ini,*

*Jika tidak, kita (Isham) menulis atas dasar mengkritik kerana benci terhadap Annuar Musa bukan berdasarkan fakta,*

*Berkemungkinan ia bertujuan untuk menunjukkan kelebihan (Isham), tetapi akhirnya memperlihatkan kelemahan diri sendiri.*

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button