Hiburan

Iqbal perli Vida, Iqbal dasar kacang lupakan kulit

Dulu bercinta, sekarang bergaduh

KALAU saat dilamun cinta, bermain asmara, semuanya indah belaka. Tidak timbul soal jarak usia atau kematangan tetapi apabila percintaan putus di tengah jalan, berperang mulut, perlu memperli antara Datuk Seri Vida dengan Ahmad Iqbal Zulkefli.

Masing-masing menempelak antara satu sama lain dengan Iqbal seolah-oleh memperli cara penajaan Vida sepanjang beberapa musim program pertandingan realitI televisyen Gegar Vaganza (GV).

Balasan Vida, bekas pembantu peribadinya itu tidak sepatutnya menyindir cara beliau selaku penaja rancangan yang sudah bersiaran selama lapan tahun.

Dan kata Vida, Iqbal juga perlu bersikap matang sekiranya dia serius untuk menaja program berkenaan.

“Hello. Apa masalah mu, ni? Nak menghanjing (erti menghanjing dalam dialek Kelantan ialah peril atau sindir. Bukan haiwan anjing).

“Sedar diri, boleh? Dari mana datang? Asal usul? Dari tiada apa-apa!

“Aku dah tabur macam-macam, ilmu bagai, kalau bukan sebab aku, mu ingat ada orang nak pandang mu?” soal Vida panjang lebar.

“Mu ingat lagi tak, dulu nak masuk TV, takut-takut. Kecut batu. Aku support, bagi ilmu, tunjuk cara.

“Tak payah nak tunjuk bijak pandai. Hakikatnya semua cedok ilmu dan cara aku. Aku nak meniaga segenap penjuru ke, sampai planet Marikh pun, itu aku punya pasal. Itu passion aku. Tak susahkan mu. Dasar kacang lupakan kulit,” selar  Vida.

Iqbal terdahulu menerusi laporan media menyatakan, hasratnya untuk menaja rancangan GV dan mahu membawa perubahan maksimum demi membantu artis dan pekerja seni.

Di samping hasratnya itu, Iqbal sempat membandingkan cara penajaan penaja GV sekarang dengan penajaan Vida dahulu termasuk mengungkit semula beberapa insiden berebut mikrofon dan hadiah yang bukan-bukan.

Tambah Iqbal, sepanjang bersiaran di televisyen selama empat tahun, dia tidak pernah mengambil kesempatan memasarkan produknya di Instagram.

Vida pula dalam satu sesi siaran langsung petang semalam memberitahu, beliau mengambil ruang waktu selama beberapa tahun untuk berehat daripada menaja mana-mana program hiburan dan memberi peluang kepada penaja lain untuk membantu membangunkan industri seni.

Malahan beliau tidak kisah sekiranya mahu kembali menaja mana-mana program dalam waktu terdekat. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button