Ekonomi

IPO Chemlite Innovation terlebih langgan 32.41 kali

Chemlite Innovation Berhad (Chemlite), sebuah pembekal perkhidmatan sokongan kejuruteraan yang terkenal yang mengkhusus dalam perkhidmatan rawatan kemasan permukaan, telah melengkapkan proses pengundian untuk Tawaran Awam Permulaannya (IPO) bersempena penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad

IPO itu  melibatkan terbitan awam 120,000,000 Saham dengan 30,000,000 saham terbitan disediakan untuk permohonan oleh orang awam.

Sementara 21,000,000 saham untuk permohonan oleh pengarah dan pekerja yang layak serta orang yang telah menyumbang kepada kejayaan Chemlite Innovation dan anak syarikatnya dan 54,000,000 melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan/atau terpilih yang dikenal pasti; dan

Selain itu 15,000,000 saham terbitan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI, dan  tawaran untuk penjualan 60,000,000 Saham Tawaran melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI.

Sebanyak 9,288 permohonan untuk 882,279,300 Saham Terbitan dengan jumlah nilai RM220,569,825.00 telah diterima daripada orang ramai Malaysia, mewakili kadar lebihan langganan keseluruhan sebanyak 28.41 kali.

Bagi bahagian Bumiputera, sebanyak 4,843 permohonan untuk 381,162,500 Saham Terbitan telah diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 24.41 kali.

Sementara itu, bagi bahagian awam, sebanyak 4,445 permohonan untuk 501,116,800 Saham Terbitan telah diterima, mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 32.41 kali.

Di samping itu, 21,000,000 Saham Terbitan yang disediakan untuk permohonan oleh Orang Yang Layak telah dilanggan sepenuhnya.

Ejen Penempatan telah mengesahkan bahawa 54,000,000 Saham Terbitan yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur institusi dan/atau terpilih yang dikenal pasti telah dikeluarkan sepenuhnya.

Begitu juga, 75,000,000 Saham IPO (terdiri daripada 15,000,000 Saham Terbitan dan 60,000,000 Saham Tawaran) yang disediakan melalui penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti yang diluluskan oleh MITI telah dilanggan sepenuhnya.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Chemlite Innovation Berhad, Chong Yuen Fong, berkata, sambutan menggalakkan daripada pelabur terhadap IPO ituy bukti permintaan kukuh untuk saham mereka.

“Ini adalah bukti keyakinan pelabur terhadap model perniagaan Chemlite Innovation, keupayaan teknikal dan potensi pertumbuhan.

“Dengan dana yang dikumpul, kami berada pada kedudukan yang baik untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran kami, melabur dalam penyelidikan dan pembangunan serta mengembangkan penawaran perkhidmatan kami untuk memenuhi pelanggan kami dengan lebih baik dalam pelbagai industri,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button