Inul cantik kerana solekan
Pasti ramai yang kagum dengan kecantikan penyanyi dangdut terkenal Indonesia Inul Daratista yang kini menjadi juri tetap Maharaja Lawak Mega.
Ramai juga yang menyangka artis yang popular dengan goyang gerudi itu telah melakukan pembedahan plastik bagi mengekalkan kecantikan pada usia 40 tahun.
Bagaimanapun laporan Liputan 6, Inul menjelaskan teknik solekan yang menjadikan wajahnya lebih cantik.
“Bukan menyanyi saja harus pakai teknik dan trick, make up pun macam tu, yang hodoh automatic boleh jadi cantik.
“Wajah saya tak simetris, hidung tajam, kelopak mata tak sama, bibir kecil, pipi tembam, bulu mata tak ada sangat,” kata Inul.
Teknik solekan, jelas Inul, mampu menjadikan wajah lebih cantik tanpa lakukan pembedahan.
“Jadi, kalau power teknik mekap, tak payah buat pembedahan plastik pun tak apa,” katanya.
Menurut Inul, dia tidak pernah terfikir untuk menjalani pembedahan plastik kerana suaminya tidak membenarkan untuk mengubah ciri-ciri fizikal asli.
“Sampai sekarang, saya memang tak pernah langsung buat pembedahan plastik sebab suami saya tak izinkan. Lagipun, suami saya tak bagi saya ubah ciri-ciri fizikal asli saya,” ujarnya.