NegeriRencah Hidup

Institusi penyelidikan perlu kaji isu kepimpinan wanita

INSTITUSI penyelidikan perlu memainkan penting dalam melaksanakan kajian yang komprehensif berkaitan dengan isu kepimpinan wanita seperti faktor–faktor yang mempengaruhi keberkesanan kepimpinan dalam kalangan wanita.

Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) pula sentiasa komited menyokong usaha-usaha bagi memperkasa golongan wanita memperkukuh jati diri seterusnya menjadi pemimpin yang berwibawa.

Dalam memimpin sesebuah institusi, golongan wanita semestinya berdepan dengan pelbagai cabaran.

Seseorang pemimpin perlu mempunyai kompetensi lain yang menggambarkan kewibawaan sebagai seorang pemimpin.

Kajian oleh Harvard Business Review pada penghujung 2020 mendapati bahawa pemimpin wanita lebih kompeten berbanding lelaki dalam krisis Covid-19.

Ini menunjukkan pemimpin wanita mampu memimpin sesebuah kumpulan, organisasi, institusi, malah negara dengan baik.

Demikian titah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pengerusi YTF ketika berkenan merasmikan Penutupan Webinar Yayasan Tuanku Fauziah 2023 – ’Women In Search of Excellence’ dengan tema “Aspirasi Wanita Ke Arah Memartabatkan Perpaduan Dalam Kalangan Mahasiswa Di Institusi Pengajian Tinggi” pada petang semalam.

Webinar YTF yang merupakan ke-19 pada kali ini dianjurkan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui Institut Kajian Dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSSS) Universiti Putra Malaysia (UPM).

Terdahulu daripada itu pada sebelah paginya Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyempurnakan titah perasmian webinar itu dan disusuli dengan ucaptama oleh
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan ucapan Naib Canselor UPM, Datuk Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah turut menyampaikan sekalung penghargaan serta berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang telah mengucapkan selamat, dan mendoakan kepada baginda sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang jatuh pada selasa, 28 Mac 2023 dengan mendoakan kesejahteraan kepada mereka semua, dan semoga mereka semua sentiasa diberkati Allah selalu jua, insya-Allah. – SM

Baca juga > Bangunkan negara perlu mekanisme akauntabiliti, ketelusan yang kukuh – Raja Puan Muda Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button