NasionalpilihanUncategorized
Insiden pintu tren terbuka ketika bergerak, Rapid KL mohon maaf
RAPID KL memohon maaf terhadap melibatkan kejadian pintu tren terbuka ketika tren sedang bergerak yang berlaku kira-kira pukul 3.01 petang semalam.
Tren tersebut sebelum bergerak dari stesen LRT Ara Damansara dengan keadaan pintu yang terbuka menghala ke stesen LRT Lembah Subang.
“Insiden tersebut telah disedari oleh Bahagian Kawalan Operasi dan tren tersebut juga dihentikan operasi selepas tiba di stesen LRT Lembah Subang.
“Tren itu juga telah dihantar ke depoh untuk pemeriksaan segera dan siasatan lanjut,” katanya.
Menurut Rapid KL, ketika kejadian berlaku, terdapat tujuh penumpang di dalam tren dan kesemua mereka telah dibawa keluar dengan selamat.
Tambahnya, Rapid KL memandang serius kejadian yang berlaku dan siasatan terperinci sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca masalah.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman seorang penumpang yang memaparkan pintu tren dalam keadaan terbuka luas ketika tren sedang bergerak. -SM