NegeriRencah Hidup

Inovasi representasi kuih tradisional Melayu di Pasar Sehari Ban Chin, Satun

KITA mungkin mewarisi pelbagai jenis kuih tradisional Melayu yang berpuluh-puluh tahun kekal dengan rasa dan rupa yang sama.

Bagai “derhaka” jika diubah sesuatu resipi atau bentuk asalnya, jadi jangan sesekali mengubah rupa asalnya.

Wajik berwarna bunga telang yang dihiasai inti kelapa gula merah.

Setakat ini memang sukar untuk melihat “keberanian” ini dilakukan oleh kalangan pembuat kuih tradisional Melayu di negara ini.

Bagaimanapun semua ini boleh dilihat oleh pengunjung jika berkunjung ke pasar sehari (Nat) Ban Chin (Kampung China), Satun yang terletak di selatan Thailand.

Selama ini kita mengenali pulut kacau kata orang Perlis atau dikenali juga sebagai pulut kucai dan wajik memang kekal warna coklat sebab menggunakan gula merah atau gula kabung malah serta permukaan rata dan kosong.

Bubur pulut hitam dihiasi dengan santan dan buah mata kucing.

Tapi di sebuah gerai milik wanita Melayu di Nat Ban Chin ini memang dipenuhi kuih tradisional Melayu yang sudah diinovasi sepenuhnya dari rupa asal.

Rata-rata kuihnya berasaskan resipi wajik, tepung talam, tepung pelita, bingka ubi, tako, puteri dua sebilik malah bubur pulut hitam sudah hilang rupa tradisional sebaliknya muncul dengan paras sangat menarik dan mengkagumkan.

Jelas peniaga ini, beliau memang belajar membuat kuih ini di sebuah sekolah masakan di Bangkok.

Tepung pelita boleh dimakan dengan santan diasingkan dalam plastik bentuk cinta.

“Biasanya dalam satu-satu masa saya menyediakan 35 jenis kuih yang dijual setiap satu dengan harga 10 bath (RM1.30 sen),” katanya yang fasih berbahasa Melayu ini menggaji pekerja untuk membuat bekas kuih ini dari daun pisang seperti tepung pelita.

Bagaimanapun dia hanya berniaga dua kali seminggu di Nat.

Katanya, biasanya jualannya memang laris.

Sekumpulan pelancong dari Perlis tertarik dengan kecomelan kuih Melayu di sebuah gerai di Nat Ban Chin, Satun.

Sementara itu Siti Nur Jannah Kamarudin, 24 dari Perlis juga membeli kuih ini kerana tertarik dengan rupanya yang menarik.

“Cantik rupa yang tak pernah dilihat sebelum ini juga sedap,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button