Ekonomi

Richiamo dianugerah jenama terbaik

KUALA LUMPUR 22 Feb. _ Richiamo Coffee Sdn Bhd., pemilik rangkaian Richiamo Coffee di seluruh negara telah dianugerahkan Brandof The Year 2022 – WorldMuslimPreneuer baru-baru ini yang berlangsung di sebuah hotel di ibu negara.
Anugerah tertinggi di dalam kategori tersebut telah disampaikan oleh Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.


Hampir 100 tetamu yang hadir dari pelbagai latar belakang perniagaan dan industry di negara ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Richiamo Coffee Sdn. Bhd., Muhamad Zamry Abu Samah berkata, anugerah tersebut merupakan anugerah tertinggi yang diberikan kepada Richiamo Coffee sejak mula beroperasi tahun 2015.
“Sesungguhnya anugerah ini amat bermakna kepada seluruh keluarga Richiamo Coffee di seluruh negara yang kini mencecah hampir 140 cawangan dan satu cawangan di Siem Reap Kemboja,” katanya di sini baru-baru ini.
Di majlis anugerah tersebut beberapa anugerah turut diberikan kepada individu dan organisasi serta pertubuhan yang menunjukkan pencapaian serta prestasi yang luar biasa sepanjang tahu 2022 dan juga sumbangan diberikan kepada industri serta orang ramai.
Antara anugerah yang disampaikan ialah Jenama Paling Dipercayai, Jenama Pilihan Pengguna, Jenama Pencapaian Luar Biasa, Jenama Paling Unggul, Jenama Paling Berpengaruh dan lain-lain.


Muhamad Zamry berkata, beliau seakan-akan tidak percaya apabila Richiamo Coffee dipilih untuk menerima anugerah tersebut memandang terpaksa bersaing dengan jenama-jenama terkenal dan lama serta berpengaruh.
Pemilihan Richiamo Coffee membuktikan jenama tempatan juga mampu bersaing dengan jenama-jenama lain yang telah lama bertapak di dalam industri.
Sementara itu, penganjur anugerah tersebut WorldMuslimPreneuer berkata, pihaknya mengiktiraf pencapaian dalam sektor yang berkembang pesat ini di mana perniagaan dan keusahawanan Muslim terbabit secara langsung di dalam industri masing-masing.
“Pencapaian terkini dan memberi pengiktirafan dalam platform rangkaian dan peluang peringkat tinggi,” katanya.
Mengulas lanjut, anugerah ini adalah untuk terus meraikan pencapaian usahawan dan jenama di dunia perniagaan Muslim selain menyediakan platform untuk rangkaian peringkat tinggi dan liputan media untuk sektor yang luas ini.
Anugerah-anugerah yang disampaikan ini sentiasa diiktiraf oleh kementerian yang berkenaan bagi memastikan kesahihan anugerah dan akreditasi

(Visited 166 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button