PolitikUncategorized

Ini sebab DAP pilih KBS dan KPKT

BERBEZA dengan pemimpin UMNO yang berebut kementerian yang dianggap kanan, pemimpin DAP tiada masalah menerima kementerian biasa-biasa sahaja.

Dua pemimpin DAP iaitu Nga Kor Ming sebagai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, manakala Hannah Yeo sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Pemimpin DAP menggunakan jawatan bukan untuk mengkayakan diri, tetapi untuk menyantuni pengundi mereka dan pada masa merekrut pengundi baharu.

Sudah tentu Kor Ming lebih mudah menyantuni pengundi DAP yang kebanyakan di bandar.

Sementara Hanna Yeoh boleh menggunakan kementerian dan kedudukannya untuk menarik orang muda kepada DAP.

Berbanding pemimpin UMNO mahukan kementerian yang besar mempunyai banyak agensi kerajaan di dalamnya kerana ia akan menjadi magnet untuk pemimpin akar umbi melekat demi mendapatkan projek dan jawatan dalam kerajaan.

Selain mengkayakan kroni, ia juga memastikan pemimpin di peringkat bahagian terus menyokong pada pemilihan UMNO kelak.

Sebab itu parti mana yang bekerjasama dengan DAP akan berakhir dengan episod sedih dengan ditolak penyokong sendiri, manakala DAP akan menjadi bertambah kuat.

Lihat saja pemimpin UMNO dilantik sebagai senator dua penggal dan diletak di kawasan paling selamat, tetapi kalah juga.

Satu hal selepas ini pemimpin UMNO mungkin boleh berguru dengan DAP bagaimana bertanding sedikit tetapi menang banyak kerusi dan bukan bertanding banyak dan kalah juga banyak kerusi.

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button