NasionalUncategorized

Ingkar arahan PKP, penyelia dan pekerja kilang dikenakan kompaun

SEORANG PENYELIA bersama tujuh pekerja sebuah kilang dikenakan kompaun kerana beroperasi melebihi waktu yang dibenarkan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Taman Medang, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 10.45 malam.

“Kita telah mengeluarkan kompaun berjumlah RM10,000 ke atas penyelia kilang warga tempatan berusia 41 tahun kerana melakukan kesalahan di bawah Peraturan 12(2) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalam Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Manakala sebanyak tujuh wanita dan seorang lelaki berusia lingkungan 18 hingga 69 tahun yang merupakan pekerja kilang tersebut juga dikenakan kompaun sebanyak RM2,000,” katanya.

Dalam pada itu, Fakhrudin mengingatkan kepada semua sektor perindustrian supaya mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara sepanjang tempoh PKP. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button