Hiburan

Industri hiburan dikejutkan Fazura failkan cerai terhadap Fattah Amin

INDUSTRI hiburan dikejutkan dengan berita yang panas Aktres glamor, Nur Fazura Sharifuddin,  memfailkan perceraian terhadap suaminya yang juga seorang selebriti terkenal, Fattah Amin, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, hari ini!.

Berita mengejut ini telah mencuri perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai spekulasi hangat di kalangan pengikut mereka.

Buat masa ini, butiran terperinci mengenai punca perceraian masih menjadi misteri. Namun, Fazura tidak segan-segan untuk berkongsi kata-kata yang seakan-akan mencerminkan tekadnya untuk mengubah haluan hidupnya menerusi Instagram untuk anak perempuannya Fatima.

“MasyaAllah Tabarakallah. Kuat dan berdaya tahan. Itulah cara awak membesar.”

Rumor mengenai keretakan hubungan Fazura dan Fattah, sejak November 2017, telah lama bertebaran. Namun, pasangan ini memilih untuk berdiam diri sehingga hari ini, apabila berita perceraian ini tersebar.

Keputusan Fazura untuk memfailkan perceraian melalui peguamnya tanpa kehadirannya di mahkamah menambah lagi rasa misteri di sebalik berita ini.

“Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dilakukan oleh peguam yang mewakilinya. Punca perceraian masih belum didedahkan,” kata sumber.

Di media sosial, situasi semakin panas apabila netizen mula mengaitkan ketidakharmonian hubungan pasangan ini dengan kurangnya interaksi mereka di platform tersebut.

Mereka tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka di hantaran masing-masing, mencetuskan spekulasi liar di kalangan pengikut mereka.

Pada 22 Julai lalu, ketika ditemui di majlis pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura, Fazura menafikan segala spekulasi dan menegaskan bahawa hubungan mereka baik-baik sahaja.

“Saya faham peminat ambil berat sebab sudah lama tak nampak kami bersama. Jujurnya, saya memang hadkan ‘posting’ kemesraan dalam media sosial. Saya sangat terkesan melihat penderitaan rakyat Palestin. Adalah tidak adil untuk tunjukkan kebahagiaan dengan suami, sedangkan rakyat Palestin sedang menderita.”

Fattah dan Fazura, yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button