Indonesia halalkan ganja, ketum sebagai komoditi
INDONESIA mengambil drastik apabila menghalalkan ganja dan ketum dengan menetapkan tanaman tersebut sebagai tanaman komoditi untuk ubat-ubatan.
Penetapan itu dilakukan oleh Menteri Pertaniannya, Syahrul Yasin Limpo yang termaktub dalam Keputusan Menteri Pertanian Republik Indonesia tentang Komoditi Binaan Kementerian Pertanian.
Sedangkan selama ini, ganja di Indonesia dikategorikan sebagai dadah berdasarkan undang-undang negara itu.
Dalam undang-undang itu, ganja dikelompokkan bersama dengan syabu, kokain, opium, heroin sebagai dadah golongan I.
Namun, beberapa telah menghalalkan ganja bahkan menjadikannya sebagai komoditi eksport.
Menurut CNN Indonesia, Uruguay telah menghalal ganja sejak Desember 2013 dengan syarat pembeli adalah warga negara berusia minimum 18 tahun.
Negara lain yang telah menghalalkan ganja ialah Kanada sejak Oktober 2018 yang mengizinkan masyarakat berusia 18 tahun ke atas untuk membeli ganja di daerah Quebec.
Masing-masing pembeli hanya boleh mendapatkan sekitar 30 gram sahaja.
England juga menghalalkan jual beli ganja pada 2018.
Beberapa negeri di Amerika Syarikat turut berbuat demikian seperti Alaska, California, Colorado, Maine, Massachusetts, Nevada, Oregon, Washington, Washington DC, dan Vermont.