Luar Negara

Ibu menang dua tiket melancong ke angkasa lepas bernilai RM3.6 juta

SEORANG ibu dari Antigua di Caribbean memenangi dua tiket untuk melancong ke angkasa lepas yang setiap satu bernilai AS$450,000 (RM1.8 juta).

Perkara tersebut diumumkan oleh Syarikat Virgin Galactic milik bilionair Britain, Richard Branson pada Rabu lalu.

Menurut Keisha Schahaff yang juga merupakan jurulatih kesihatan dan tenaga , dia akan pergi ke orbit bumi selama beberapa minit bersama seorang anak perempuannya yang berusia 17 tahun yang merupakan pelajar jurusan sains.

Schahaff berkata, Branson datang ke rumahnya pada awal November lalu untuk memgumumkan kemenangannya sebelum berita tersebut diumumkan secara rasmi pada rabu lalu.

“Apabila saya melihat Richard Bransom berjalan masuk ke rumah saya, saya menjerit. Saya tidak percaya,” katanya.

Schahaff memenangi dua tiket tersebut selepas menyertai pertandingan yang dikendalikan oleh Virgin Galactica menerusi platform Omaze.

Peserta yang menyertai pertandingan tersebut perlu menyumbang sejumlah wang untuk disumbang kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan iaitu ‘Space for Humanity’.

Bagaimanapun, Schahaff tidak mendedahkan wang yang disumbangkan namun sumbangan yang diterima adalah dari serendah AS$10 (RM42.18).

Wanita tersebut bersama anaknya dijangka akan melancong ke angkas lepas pada awal bulan depan atau tahun depan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button