Rencah Hidup

Ibu luah rasa kecewa, anak jadi mangsa buli

SEORANG ibu meluahkan rasa kecewa setelah melihat anak lelakinya yang masih bersekolah rendah menjadi mangsa buli oleh budak berumur 10 hingga 11 tahun.

Melalui media sosial, wanita itu berkongsi kejadian yang menimpa anaknya. Pelaku dalam insiden tersebut merupakan rakan-rakan sekolah anaknya.

Anak lelakinya itu mengalami kecederaan di bahagian pinggang, hilang selera makan, demam, dan berasa takut untuk kembali ke sekolah akibat dipukul.

“Umur pelaku baru 10 hingga 11 tahun, dah nak jadi ketua gangster,” tambahnya.

Walaupun pengadu tidak mendedahkan tarikh dan lokasi kejadian, ramai netizen menasihatinya untuk segera membuat laporan polis dan membawa anaknya menjalani pemeriksaan di hospital untuk tindakan lanjut.

Buli di sekolah masih menjadi isu serius walaupun pelbagai langkah dan peringatan telah diambil oleh pihak sekolah dan pihak berkuasa. Insiden ini terus berlaku, menunjukkan bahawa kesedaran dan tindakan lebih tegas masih diperlukan untuk mengatasi masalah ini.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button