Mahkamah

Ibu bapa Zulfarhan sujud syukur, 6 bekas penuntut UPNM akhirnya dihukum gantung sampai mati

KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan pada hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, K Mangai, berkata penggunaan seterika wap itu mengikut arahan seorang lagi bekas penuntut UPNM, Abdoul Hakeem Mohd Ali.

 

“Ia berdasarkan keterangan saksi pendakwaan ke-25 (SP25, Mohd Syafiq Abdullah yang juga bekas penuntut universiti terbabit).

 

“Mahkamah Tinggi menerima bukti dikemuka saksi itu yang dilihat neutral dan ada kredibiliti,” katanya ketika berhujah di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail hari ini.

 

Pada 2 November 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun terhadap enam penuntut UPNM itu kerana didapati bersalah atas pertuduhan menyebabkan kematian Zulfarhan tanpa niat mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan (KK).

Lima bekas penuntut itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal; Muhammad Azamuddin Mad Sofi; Muhammad Najib Mohd Razi; Muhammad Afif Najmudin Azahat dan Mohamad Shobirin Sabri.

Mereka didapati bersalah atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Zulfarhan untuk mendapatkan pengakuan bahawa dia mencuri komputer riba.

Kesemua mereka didakwa melakukan perbuatan itu di dua bilik, blok penginapan asrama Jebat, UPNM pada 21 dan 22 Mei 2017.

Artikle Berkaitan :>

18 penuntut UPNM bersalah dalam kes bunuh Zulfarhan

Bapa Zulfarhan maafkan tertuduh demi arwah

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button