Nasional

Ibu, anak kurang upaya dihanyutkan banjir

Seorang ibu dan anak lelaki dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika cuba mengharungi banjir kilat di Kampung Tanjung Kiri, dekat Kuala Nerang, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang Aminuddin Mad Khozali berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu pada 8.30 pagi dan anggota bomba tiba di lokasi 20 minit kemudian.

Beliau mengenal pasti mangsa sebagai Salmah Mat Zain, 46, dan anaknya, Rosman Rohaidi, 19, yang merupakan seorang OKU.

Operasi mencari di kawasan itu sedang dijalankan menggunakan bot.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button