Nasional

i-MILIKI: Pemberian Insentif Pengecualian Duti Setem Sehingga Disember 2023 – PM

Kerajaan melakukan pelbagai cara untuk memudahkan pemilikan rumah kediaman dalam kalangan Keluarga
Malaysia.

Antara yang dilaksanakan kerajaan adalah seperti pemberian insentif pengecualian cukai duti setem bagi perjanjian pindah milik harta tanah dan perjanjian pinjaman.

Ujar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, insentif berkenaan diperkenalkan sejak Kempen Pemilikan Rumah (Home Ownership Campaign atau HOC) yang dimulakan pada tahun 2019 hingga 2021, masih diteruskan bagi pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000 sehingga 31 Disember 2025.

Meskipun pengecualian duti setem ini akan mengurangkan kutipan hasil kepada negara namun tindakan tersebut merupakan komitmen Kerajaan kepada Keluarga Malaysia dan Kerajaan harus memperkukuhkannya.

“Untuk rekod, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memaklumkan bahawa tuntutan pengecualian duti setem di bawah HOC adalah sebanyak RM957.8 juta.

“Malah, tuntutan pengecualian duti setem paling tinggi adalah bagi harga rumah RM500,000 dan ke bawah,” ujar beliau dalam Majlis Pelancaran Home Ownership Programme (HOPE) dan Karnival Jom Beli Rumah.

Sehubungan itu, bagi mendokong Program Pemilikan Kediaman atau HOPE, Kerajaan mengumumkan INISIATIF PEMILIKAN PERUMAHAN KELUARGA MALAYSIA atau i-MILIKI.

Ia yang melibatkan pemberian insentif pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama secara peringkat atau tier harga rumah iaitu:

Pertama: Bagi rumah berharga RM500,000 dan ke bawah, insentif pengecualian duti setem adalah
sebanyak 100 peratus; dan

Kedua: Bagi rumah berharga melebihi RM500,000 sehingga RM1 juta, insentif pengecualian sebanyak
50 peratus.

Pengecualian ini adalah bagi perjanjian jual beli yang disempurnakan dalam tempoh mulai 1 Jun 2022
sehingga Disember 2023. – SUARA MERDEKA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button